Harap Anda Semua bersedia dengan peperiksaan yang bakal dihadapi...recently buzy study..malas nak update ^^
Bertemakan "Guru Pembina Modal Insan" Majlis sambutan hari guru yang diadakan di SMKTM2 cukup meriah walaupun dilaksanakan secara sederhana dan tanpa ayahanda yang disayangi.
Upacara Majlis dirasmikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang membacakan teks Jabatan Pengarah Menteri Pelajaran Malaysia pada 2010.
Sajak Pada Hari Guru Yang Paling menyentuh kalbu dapat saya cari ialah Guru O' Guru Oleh Usman Awang..
Guru O' Guru
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Pada 16 May 2010 pelajar-pelajar Pra Universiti Kerisma sekali lagi menerima kunjungan dari orang utara.Agak menarik pendekatan yang digunakan oleh kami tidak memberi apa-apa impak tetapi apabila terdapat seorang budak dari utara dapat bercakap bahasa mereka.Pelbagai perkara yang dapat dikongsi bersama.
Mulai 13 /5/2010 yang lalu seramai 130 orang pelajar telah berkumpul di Dewan makan asrama SMK Hamzah untuk mengikuti program skor A yang dianjurkan Jabatan Pelajaran Kelantan. Hari pertama bermula jam tepat 3.30 petang Tn Hj Taifor telah berkongsi idea dan pengalaman dalam slot motivasi.Beliau menamatkan ceramah jam 5.00 petang sebagaimana dijadualkan pesan beliau kepada pelajar-pelajar yang bakal mengambil keputsan STPM pada tahun 2010 ialah gunakan kata kunci SUCCESS yang ditulis oleh Anne Nylor:
S=Set A Clear Goal
U=Unlock Your Attitude
C=Clear Blocking Item
C=Create Inner strength
E=Expect Your Achievement
S=Simply Had Fun
S=Start now
Untuk menambahkan lagi keceriaan program, Pn.Hajjah Wan Suraya Arifin iaitu Penolong Pengarah Kurikulum JPN Kelantan merangkap penyelaras Pra U dijabatan telah membawa 3 orang Jurulatih utamanya untuk mengendalikan senamrobik pada hari semalam 14/5/2010. Pada keseluruhannya saya dapati pelajar cukup seronok dengan aktiviti ini.
Apa pun peserta skor A ini pada kami amat bertuah kerana berpeluang mendengar ceramah teknik menjawab kertas-kertas utama dalam STPM nanti. Penceramah hebat seperti Tn Haji Hapidin untuk Pengajian Am telah mengambil tempat dan meyampaikan ceramahnya pada malam pertama lagi.
Jam 1.00 petang tadi majlis ditamatkan dengan jayanya oleh Penyelaras Program
sendiri.
Pandangan Sisi D' Bali Beach Village merupakan salah satu icon pada satu ketika dahulu pada tahun 2003~2005 dimana ramai pelancong tertarik dengan kemudahan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak resort.Teringat kisah silam di mana saya dan rakan-rakan menghadiri kursus Imam dan Bilal peringkat sekolah yang dianjurkan oleh Pengetua Tn. Hj. Jaya Mara.Memori ini tidak dapat dilupakan sehingga hari ini dan membentuk sahsiah diri dan jati diri saya.
Gambar Pelajar yang sedang berlatih untuk malam Kebudayaan.
Pelajar Prauniversiti mengikuti aktiviti tahunan sekolah yang diadakan setiap tahun.Pada tarikh 27,28 dan 29 April 2010.Seramai 147 pelajar mengikuti kem ini dan kami berkhemah dibawah pokok rhu ditepian pantai.Banyak yang dapat dipelajari oleh kami.Upacara pembukaan dimulakan oleh kaunselor sekolah yang bertemakan "Kenali Diri dan Potensi Diri".
Salah satu aktiviti yang dijalan antara pelajar dengan pihak berkuasa pasir puteh.
Pelajar yang leka mendengar ceramah oleh kaunselor sekolah.
Salah satu aktiviti yang dijalankan bagi menguji minda dan kerjasama antara para pelajar
Well
i can't comment yet about this matter but at least what can i do to give guide to you all is that improve your vocabulary and
use the the guide that teacher give to all of us just don't think first about the talking session just concentrate about writing and listening!!!
also you all read this matter and just don't think the problem about our principle
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2467
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2462
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2463
copy the link and paste it on the top of url ^_^