Around The Corner

Blog Ini Merupakan Salah satu Pembinaan yang baru bagi memajukan lagi penggunaan ICT dalam kalangan pelajar SMKTM2

Mulai 13 /5/2010 yang lalu seramai 130 orang pelajar telah berkumpul di Dewan makan asrama SMK Hamzah untuk mengikuti program skor A yang dianjurkan Jabatan Pelajaran Kelantan. Hari pertama bermula jam tepat 3.30 petang Tn Hj Taifor telah berkongsi idea dan pengalaman dalam slot motivasi.Beliau menamatkan ceramah jam 5.00 petang sebagaimana dijadualkan pesan beliau kepada pelajar-pelajar yang bakal mengambil keputsan STPM pada tahun 2010 ialah gunakan kata kunci SUCCESS yang ditulis oleh Anne Nylor:

S=Set A Clear Goal
U=Unlock Your Attitude
C=Clear Blocking Item
C=Create Inner strength
E=Expect Your Achievement
S=Simply Had Fun
S=Start now










Untuk menambahkan lagi keceriaan program, Pn.Hajjah Wan Suraya Arifin iaitu Penolong Pengarah Kurikulum JPN Kelantan merangkap penyelaras Pra U dijabatan telah membawa 3 orang Jurulatih utamanya untuk mengendalikan senamrobik pada hari semalam 14/5/2010. Pada keseluruhannya saya dapati pelajar cukup seronok dengan aktiviti ini.
Apa pun peserta skor A ini pada kami amat bertuah kerana berpeluang mendengar ceramah teknik menjawab kertas-kertas utama dalam STPM nanti. Penceramah hebat seperti Tn Haji Hapidin untuk Pengajian Am telah mengambil tempat dan meyampaikan ceramahnya pada malam pertama lagi.

Jam 1.00 petang tadi majlis ditamatkan dengan jayanya oleh Penyelaras Program
sendiri.

0 comments:

Post a Comment