
Pandangan Sisi D' Bali Beach Village merupakan salah satu icon pada satu ketika dahulu pada tahun 2003~2005 dimana ramai pelancong tertarik dengan kemudahan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak resort.Teringat kisah silam di mana saya dan rakan-rakan menghadiri kursus Imam dan Bilal peringkat sekolah yang dianjurkan oleh Pengetua Tn. Hj. Jaya Mara.Memori ini tidak dapat dilupakan sehingga hari ini dan membentuk sahsiah diri dan jati diri saya.
Gambar Pelajar yang sedang berlatih untuk malam Kebudayaan.
Pelajar Prauniversiti mengikuti aktiviti tahunan sekolah yang diadakan setiap tahun.Pada tarikh 27,28 dan 29 April 2010.Seramai 147 pelajar mengikuti kem ini dan kami berkhemah dibawah pokok rhu ditepian pantai.Banyak yang dapat dipelajari oleh kami.Upacara pembukaan dimulakan oleh kaunselor sekolah yang bertemakan "Kenali Diri dan Potensi Diri".
Salah satu aktiviti yang dijalan antara pelajar dengan pihak berkuasa pasir puteh.
Pelajar yang leka mendengar ceramah oleh kaunselor sekolah.
Salah satu aktiviti yang dijalankan bagi menguji minda dan kerjasama antara para pelajar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment